Mudahnya BBQ

CARA PASTIKAN AYAM GRIL BERJUS DAN BERPERISA

AYAM GRILL KERING DAN TAWAR

Situasi ini memang selalu jadi kat korang kan. Bila kita grill atau berbbq mesti jadi macam ni
.
Ayam kita makan tak berjus, kering n tawar.
.
Selalu bahagian dada akan menjadi pilihan yang terakhir yang korang nak kan.
.
Sebabnya bahagian yg banyak daging dan rasa tawar kan.
.

Disini kami akan share teknik yang paling simple dan basic.

Teknik rendam air garam (brine)

Kenapa perlu di rendam dengan air garam?

Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat

1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.

2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.

Ada pelbagai teknik dan bahan bahan yang boleh dimasukkan semasa dalam proses brinning ini. Tetapi untuk kali ini kita fokus kepada teknik yang paling simple dan mudah. Untuk mengetahui lebih detail berkenaan proses brinning ini, kami akan share pada posting yang akan datang jika anda berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Untuk bahagian chicken chop ini sukatan yang di perlukan adalan

  1. 2 liter air
  2. 1/4 cawan garam
  3. 10 keping bahagian chicken chop

Tahap kemasinan rasa seperti air laut. Masin masin sedap

Rendam dalam masa 1 jam.  Kemudian anda toskan bahagian ayam itu sebelum di perap dengan menggunakan HILMIE’S bbq seasoning.

Perap chicken chop tersebut sekurang kurangnya selama 4 jam. Simpan dalam peti sejuk. Sebelum di bakar, keluarkan dahulu chicken chop tersebut paling kurang 1 jam sebelum dibakar. pastikan ayam berada pada suhu bilik. Ini untuk memastikan chicken chop anda terkejut semasa di grill nanti. Asingkan chicken chop anda dari bahan perapan, ini untuk memastikan chicken chop anda terlalu basah semasa di grill. Ini akan membuatkan bahagian luar ayam sedikit garing.

Gril hanya menggunakan bara sahaja. Nak tahu bagaimana chicken chop anda sudah masak atau belum, Bahagian luar sudah sedikit garing seperti  gambar dibawah. Jika grill anda ada penutup lebih bagus kerana dapat memerangkap haba yang lebih sekata.

 

SINGGAH DI WEBSITE KAMI

www.hilmiesbbq.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll To Top