Mudahnya BBQ

CARA BBQ YANG BETUL

TIPS BBQ NO. 1. – PILIH CARA BBQ YG BETUL

Ia mungkin kedengaran asas tetapi terdapat dua perkara penting yang pembakar korang perlukan jika korang mahu untuk membuat makanan bbq yang hebat.
.
Perkara pertama adalah, ia perlu menggunakan dapur arang. Korang semestinya biasa menggunakan arang. Tidak ada yang salah dengan gas grill, tetapi korang tidak akan dapat rasa aroma ‘SMOKE’ tambahan. 
.
Perkara kedua yang korang perlukan adalah penutup. Dengan penutup, ianya akan memerangkap rasa, suhu yang sekata dan boleh digunakan sebagai teknik tambahan. Tanpanya, korang tidak boleh memanggang ayam, atau mencairkan keju pada burger.
.
Korang biasa dengan grill kan. Kali ni korang cuba teknik barbeque pula.

TIPS BBQ NO. 2 – TUNGGU MASA YANG BETUL

BBQ perlukan kesabaran dan fokus.. Korang perlu menunggu api hilang , tinggal bara sahaja. Korang perlukan arang putih yang panas. kelabu dan merah membara. Itulah haba yang paling panas dan sekata
.
Pastikan suhu yang betul dan sesuai
.
Setelah kepanasan arang korang dah dapat, jangan lupa bahawa apa yang korang telah cipta adalah ketuhar, jadi korang perlu untuk mengawal haba seperti oven.
.
Cara terbaik untuk menguji haba adalah dengan tangan korang. Pegang tangan korang antara 12cm / 5inches atas grill atau panganagn dan lihat berapa lama anda boleh tahan di sana dengan selesa (iaitu. Tanpa menjerit).
.
6 saat untuk api kecil
4 saat untuk api sederhana
2 saat terlebih panas
0 saat = Hospital
.
Korang juga perlu mengawal suhu seluruh panggangan.

Teknik yang paling mudah adalah separuh dan separuh – meletakkan semua arang kepada satu bahagian, supaya anda mempunyai sisi over panas dan satu bahagian sejuk
.
Seperti gambar dibawah
.
.
.

TIPS BBQ NO 3 – GUNAKAN TOOLS YANG SESUAI

Kita selalu sahaja hilang sosej ke bawah grill atau nak balikkan burger terbang ke tepi atau terjatuh ke bawah kan.

Untuk elakkan perkara itu terjadi, kenalah gunakan peralatan yang sesuai ketika berBBQ. Seperti gunakan jaring untuk membakar ikan. Bila guna jaring ni, mudahlah nak balik balikkan ikan dan mudah dikendalikan, terutama ketika api tengah marak. Berbanding nak alihkan satu persatu ikan. Lagi pun ikan ini dagingnya lembut, mudah sangat melekat kat grill. Terutama bila nak balik balikkan ikan tu.

Penyepit sudah menjadi alat yang wajib ketika BBQ,  pilih penyepit yang panjang untuk mengurangkan haba yang panas terkena tangan. Seelok eloknya pakai sarung tangan yang sesuai untuk BBQ. Elakkan sarung tangan yang mudah terbakar ya. INGAT, anda bermain dengan api. Penyepit yang baik memudahkan anda mengendalikan makanan anda dengan baik. Kadang kadang makanan terjatuh kerana penyepit kurang baik.

Bila anda membakar daging burger alat yang sesuai adalah penyudip yang digunakan untuk membalikkan daging burger. Jika anda menggunakan penyepit, apa yang akan berlaku adalah daging burger anda akan terkoyak.

Berus anda gunakan untuk menyapu lebihan bahan perapan atau juga sos bbq pada daging bbq anda. Ada jenis kain dan juga silicone. Jenis silicone mudah untuk dibersihkan. Dan berus yang paling selalu kita guna adalah, sebatang serai atau juga seikat daun pandan.

Sebelum meletakan daging ke grill, sapu dahulu minyak untuk mengelakkan makanan anda melekat di grill.

 

SINGGAH DI WEBSITE KAMI

www.hilmiesbbq.com

RENTUNG MASA BBQ

Mari kita hadapi kenyataan. Ini antara situasi yang kita sentiasa hadapai semasa BBQ kan.
.
Kebanyakan dari kita ber BBQ, grill, panggang memang dahsyat. Jika kita tidak membakar rentung sosej, kita mungkin membakar rentung ayam atau juga daging
.
Kita memilih kaedah memasak yang paling simple dan mudah pada sangkaan kita. Tetapi sebenarnya memerlukan beberapa tahap kemahiran untuk menguasai skill bbq. Bukan sekadar letak daging atau ayam di atas api
.
Memasak dengan baik di atas api memerlukan beberapa kemahiran, tetapi jika korang dapat menguasainya korang memang legend dikalangan kawan kawan dan keluarga.
.
Kami ini share beberapa tips asas yang boleh dijadikan panduan untuk korang untuk memperbaiki skill bbq.

.
Korang nak ke?

Kalau nak klik link di bawah

TIPS BBQ NO. 1. – PILIH CARA BBQ YG BETUL 

 

SINGGAH DI WEBSITE KAMI

www.hilmiesbbq.com

Scroll To Top